Archive for May, 2008

Kenapa ni?

Kenapa semakin ramai Muslim nak murtad jadi kafir?

Memilih untuk keluar dari Islam adalah kesilapan dan penyesalan yang terbesar kepada si murtad. Kerana hanya Islam sahajalah agama yang direda Allah dan boleh menyelamatkan manusia drp neraka.

Pernah suatu ketika dahulu saya cuba untuk merasa kepanasan api di dunia ini. Perh… memang x boleh tahan. Rasanya seminit pun x sampai saya terus buang balik api tu. Mula2 tangan saya terasa pedih dan berwarna merah tetapi dlm masa seminggu slpas itu kulit saya jadi buruk dan keluar lendir2 y busuk baunya dan akhirnya bersalin kulit yang baru.

Sebenarnya saya cuba membakar tangan saya kerana saya sangat berani untuk melakukan maksiat kepada Allah. Ia didorong oleh kisah y pernah sy baca. Ada seorang lelaki yang diajak oleh perempuan yang cantik utk berzina. Dia tlh membakar tangannya dgn api kerana katanya jika dia mampu menahan panasnya api di dunia ini maka dia boleh berzina dgn perempuan itu. Namun tangannya telah terbakar, lalu dia terselamat daripada godaan permpuan jahat itu.

Menahan panas api dunia lagikan x tertahan inikan pula api neraka. Azab yang paling ringan di neraka adalah memakai teropah neraka dan otak mendidih. Itulah neraka y diperolehi bapa saudara nabi yang x mahu menerima Islam walaupun banyak membantu nabi menyebrkan Islam. Siapakah kita dengan Nabi?

Indah

Menulis bukan kesukaanku tetapi bila aku menulis apa yang aku nak tulis aku akan suka menulis.

Semalam adalah kenangan, dan esok adalah harapan. Hari ini? ohh… hari ini aku kena buat kerja yang masih bertimbun-timbun x siap. Bila aku tengok hari semalam ada yang indah dan ada yang hampeh. Bila aku cuba memandang ke hadapan terasa banyak sekali perkara indah yang ingin dicapai. Beratus-ratus. Aku bekerja sampailah aku bertemu keindahan dan kehampehan yang sebenar selapas mati kerana di sini hanya tempat main2.

Basikal pertama

Suatu hari emak aku telah membawa pulang sebuah basikal. Ia berwarna biru. Ketika itu aku sedang bermain di sekitar rumah.

Basikal tu ada empat tayar. 2 yang biasa dan 2 lagi adalah tayar spare yang menyokong basikal itu supaya ia x jatuh. Dengan basikal inilah aku belajar untuk menaiki basikal umpama bayi yang merangkak belajar untuk berjalan.