Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Semalam wakil F1 dari Malaysia. BMW Sauber(dulu Sauber Petronas) telah mendapat tempat pertama buat pertama kalinya dan lebih manis lagi tempat kedua juga telah dimenangi oleh kita. Bagi sesiapa peminat F1 BMW Sauber yang terlepas untuk menyaksikan perlumbaan pada pagi tadi. ini adalah ringkasan daripada aku.
Robert kubica bermula di petak ke-2 sedikit ke belakang berbanding Lewis Hamilton.Kimi Raikonen pula di petak ke-3. Apabila perlumbaan bermula Hamilton terus memecut untuk merebut kedudukan di hadapan, Robert di tempat ke-2 dan diekori oleh Raikonen. Nick Heidfeld pula berada di kedudukan ke-9. Namun selepas beberapa pusingan dia berjaya memintas rubens Barrichello untuk berada di kedudukan ke-8.
Pada pusingan ke-20, pemandu dari pasukan Force India, Adrian Sutil telah melanggar tembok menyebabkan keretanya terbakar dan dia tidak dapat menamatkan perlumbaan sekali lagi. Ekoran daripada kemalangan itu, safety car dibawa masuk ke dalam litar. Kemudian beberapa pelumba membawa masuk kereta mereka ke dalam pit stop untuk menambah minyak dan menukar tayar. Antaranya ialah Hamilton, Raikonen, dan Robert. Pasukan sauber telah mengisi minyak yang boleh menampung kereta Robert sehingga ke garisan penamat tanpa memasuki pit stop lagi selepas ini. Sesuatu yang baik adalah Robert boleh untuk tidak masuk ke dalam pit stop lagi dan keburukannya ialah kereta akan menjadi berat kerana kuantiti minyak yang banyak. Ini akan menyebabkan keretanya bergerak lebih perlahan. Robert keluar dari pit stop dan menghentikannya bersebelahan dengan kereta Raikonen kerana lampu merah yang menghalang mereka daripada terus masuk ke dalam litar. Tiba2, boom. Kereta Raikonen telah dilanggar dari belakang oleh Hamilton. Robert sangat bernasib baik kerana Hamilton tidak melanggar keretanya dan kemalangan yang hanya bersebelahan itu tidak terkena keretannya. Walaupun tidak teruk tetapi hamilton dan Raikonen terpaksa keluar awal kerana kereta masing2 telah rosak. Hamilton kecewa kerana kecuainnya, manakala Raikonen kecewa kerana buat kali kedua dia tidak dapat menamatkan perlumbaan. Di Monte Carlo dia melnggar Sutil. Di sini Hamilton pula yang melanggarnya. Ketika ini aku sudah dapat rasakan satu sejarah bakal tercipta di litar Montreal yang terletak bersebelahan dengan sungai ini. Suatu perasaan yang Robert akan menawan F1 buat pertama kali bagi pasukan BMW Sauber. Pencabar terhebat bagi pasukan ini adalah Mercedez dan Ferrari. Jentera mereka masih lebih hebat berbanding BMW. Jika Sauber ingin memenangi perlumbaan mereka memerlukan taktik yang terbaik semasa di pit stop dan memandu dengan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan. Itulah yang telah dilakukan oleh pasukan ini. Mereka melakukannya dengan cemerlang.
Selepas keluar dari pit stop, pencabar terbesar bagi Robert ialah Massa. Namun pada perlumbaan kali ini, ternyata tuah milik Robert. Massa langsung tidak memberikan saingan untuk menggugat kedudukan Robert yang berada di hadapan. Robert memintas satu per satu kereta yang berada di hadapanya selepas kereta pasukan lain mula memasuki pit stop.
Selepas itu beberapa kereta terlibat dengan kemalangan. Kebanyakannya disebabkan oleh kereta yang gagal dikawal sehingga menyebabkan ia berpusing. Namun safety car tidak dibawa masuk memandangkan litar masih selamat untuk berlumba. satu tuah kepada Robert. Dia terus mengungguli di hadapan meninggalkan Nick dan Alonso dalam jarak lebih kurang 30 saat.
Ketika Alonso kelihatan mampu untuk menaiki podium buat pertama kalinya pada musim ini, tiba-tiba keretanya berpusing ketika mengambil selekoh. Nick terus memecut meninggalkan pencabarnya itu. Jika Alonso memandu dengan berhati-hati dan tidak mencuba untuk memintas Nick, dia tentu telah berjaya menaiki podium.. Namun mungkin inilah sifat yang dimiliki oleh sang juara. Rela mati demi menjadi juara.Alonso memiliki sifat itu, tetapi adakah kereta Renault memiliki ramuannya? Kereta Alonso berpusing mungkin disebabkan oleh masalah tayar. Tayar yang digunakan tidak sesuai dengan permukaan litar yang panas dan kering. Sepatutnya dalam keadaan cuaca begini tayar dapat mencengkam litar denagn baik, namun sebaliknya berlaku.
Menyedari cabaran ini. kereta Robert dibawa masuk ke dalam litar untuk menukar tayar dalam masa kurang 10 saat. Jarak masa yang ditinggalkan oleh Robert agak jauh. Dia terus berada di kedudukan yang pertama selepas keluar dari pit stop meninggalakan Nick dan David Coulthard sehingga tamat perlumbaan.
Syabas BMW Sauber
Syabas Petronas. Lambang keyakinan dan kehebatan rakyat Malaysia.




