Salam
Sudah lama rasanya aku tidak menulis di sini. Kenapa yer…
Lebih kurang setahun lepas aku menulis mengenai pasukan F1 BMW Sauber. Tapi kini pasukan kebanggaan aku ini masih tidak dapat bersaing dengan baik pada musim ini. Huuh…
Cerita pasal aku.
Pejam celik.. buka semester baru nanti dah sem akhir aku rupanya. Aku belajar di UUM ijazah Perakaunan Sistem Maklumat. Kawan2 aku yang ijazah 3 tahun dah ramai yang keluar buat praktikum. sedey juga nanti tinggal beberapa orang je lagi yang program 4 tahun macam aku.
Apakah yang aku patut buat untuk menjadikan sem depan yang terbaik supaya aku berasa puas hati apabila keluar dari alam universiti ini nanti…
Aku sering flashback apa yang telah aku lakukan dan capai sepanjang 3 tahun yang lepas. Ohh… aku rasakan banyak perbuatan sia2 dan merugikan diri sendiri telah aku lakukan. Ruginya.
Pada tahun pertama aku sangkakan kehidupan di universiti akan memberikan kejayaan yang terbaik seperti ketika aku belajar di matrikulasi kerana dua sem yang pertama ini aku telah berjaya mendpat anugerah dekan. Namun pada tahun kedua aku jatuh teruk. tahun ketiga aku cuba naik sekali lagi. dan pada sem 6 aku jatuh sekali lagi. Kehidupan aku seperti yoyo. aduh.
Jika aku selidik dengan teliti… aku mendapati kezaliman yang telah aku lakukan pada diri sendiri adalah faktor kenapa aku jadi begini. Banyak buat maksiat dan lupa Tuhan. Selalu bangga diri.
Aku terlupa aku seorang Islam(menyerah diri kepada Allah) lalu tidaklah aku berperangai dan bertindak seperti orang Islam.
Orang Islam dan beriman apabila diberikan kejayaan akan syukur (aku bangga diri) dan apabila diberi ujian akan sabar (aku cuba hilangkan perasaan susah dengan buat maksiat).
Ohh Tuhan tolong kasih kan aku. Aku sudah bayak kali bertaubat namun banyak kali juga terus mengulangi maksiat kepadaMu.
Berikanlah aku kesedaran dan pengajaran supaya aku dapat kembali ke jalan2 orang yang Engkau beri nikmat dan bukannya jalan orang yang mencari kemurkaanMu dan bukan jalan orang yang Engkau sesatkan. Amin.
Archive for Uncategorized
Pantasnya masa

